Selasa, 21 Mei 2013

TIIRAMISU MILLE CREPE

Assalamualaikum....
Percubaan pertama membuat crepe cake sememangnya agak mencabar.. Syukur juga ada pengalaman buat crepe jadi agak membantu juga bagi orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan ni.
Rupanya pon tak lah cantik mana pun.. Yang penting semangat nak mencuba mesti ada. Ehem!!! puji diri sendiri lak.....

guna base kek span atau chifon. bole guna kek vanila atau coklat.ikut selera

dalam bekas tu krim chese . terlebih cair lak. sebab saya guna diary whiping creame. lau guna nondiary, krimnya  lebih kental dan mudah dilepa.

Buat setengah adunan sahaja. So rendah jer keknya.

da kene ngap... x sempat nak touchup

rasa memang mabeles...


ok jom tengok resepi

sumber 
blog kak azlita

bahan-bahan crepe

90 gm butter ( cairkan )
720mls susu cair
6 bj telur
1 1/2 cwn tepung kek + secubit grm ( ayak )
45gm gula kastor
1sdt esen vanilla

* ni resepi 1 adunan.  saya buat 1/2 adunan sahaja

cara-cara

Masukkan setengah dari susu ke dalam tepung dan kacau rata.
Dalam bekas lain,campurkan telur, baki susu dan gula. kacau sebati pastu masukkan dalam tepung tadi. Kacau rata. Masukkan mentega cair dan esen. Kacau rata. Tutup dengan plastik simpan dalam peti ais selama 30 minit. Boleh masak da.. Cara-cara sama macam masak crepe doyan yer..

Bahan-bahan krim kastad

550 whiping cream 
450mls fresh milk/susu cair
2sdb tepung gandum
11/2 sdb tepung jagung
85gm gula
4 bj kuning telur
2sdb butter
1sdt esen vanilla
secawan nescafe
coklat susu disagat
Biskut ladyfinger

Cara-cara

Gaul gula dan tepung. Masukkan telur dan separuh susu. Kacau rata. Masukkan baki susu, garam dan esen vanilla. Kacau rata. Masakkan atas api sederhana sampai pekat. Pastikan sentiasa kacau yer. Jangan sampai berketul dan berkerak.Saya guna kaedah double boil. Sebab susah sangat nak pastikan kastad masak tanpa berkerak lau letak direct atas api. Bila da meletup-letup tu da boleh tutup api. Masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan. Simpan dalam peti sejuk sekejap.
Masukkan whiping cream dalam kastad tadi pukul sampai kental.

Cara-cara melapis.

gunakan kek span untuk base. Potong 2 lah... Supaya base tak tinggi sgt.
Sapukan nescafe atas kek span tadi unutk melembapkan kek. Mula lapiskan kek dengan krim kastad kemudian parutan coklat ( saya tabur serbuk koko jer ). Letakkan crepe, tekan-tekan bagi rata. Ulang dengan krim kastad,parutan coklat dan crepe. Ulang  sampai habis. Balut keseluruhan kek dengan baki krim kastad tadi dan susun biskut.( part ni saya x wat... x sabar nak ngap) 
Simpan dalam peti sejuk dulu baru makan.. Lebih sedap..

Bahan kek saya tak sertakan yer.. Kek span ramai da tau camner nak wat kan??

Okay... 
Selamat sejahtera semua.. bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan