Rabu, 1 Mei 2013

Kek Pisangku Bantat

Assalamualaikum...

Arrggghhh!!!
Penah jadi gini x???
Stress kan??
Tapi x per laa.. ni 1st time buat kan? Cuba la lg..
Memang sebak di dada.. Lebih2 lg melihat sokongan hubby.. Walaupun bantat dia makan juga.
So saya poskan gambar ni  dalam kumpulan masakan untuk dapatkan pelbagai nasihat berguna.

Maklumat yang sangat berguna ni saya kongsikan bersama...

1: Kene masukkan soda bikarbonat. Kenapa?
Sebab soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih juga menaikkan kek dan kuih apabila masak. Sebab itu la soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakan kek,biskut atau kuih yang berasid.( yang menggunakan susu masam,jus buah,serbuk koko,gula hangus,puri buah dll)

2: Jangan kacau terlalu lama. ( betul la tu. saya pukul telur ngan gula sampai kembang da macam 2x ganda naik. hehe) kacau sikit2 jer.. agak2 da larut gula tu. da ok da..

3: Terlebih tepung pon x bole juga.. tu yang jd macam padat sangat tu..

di bawah ni saya sharekan resepi dari kak Nora Danny Harry

Bahan2
7 bj pisang berangan
1 cwn minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat
5 bj telur
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan tepung gandum

cara2
pisang, minyak, soda bikarbonat diblender sampai lumat.
pukul telur dan gula guna mixer.agak2 larut je.
masukkan esen vanilla
masukkan pisang yang diblend tadi dalam adunan telur&gula
masukkan tepung sedikit2. Gaul rata

Bakar selama 40 min/ hingga masak
suhu 165*c

Saya jenguk juga blog  mamajay..

So hasilnya.....

TADAAAAAAAAAAAA



Sangat puas hati...
So next time cuma perlu ejas suhu n mase jek....
Saya baru nak bertatih dalam dunia masakan.. Jika ada kesilapan harap dapat membantu saya memperbaiki segala kekurangan.....
Akhir sekali jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi tunjuk ajar dan komen2 yang membina.....TQVM


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Kami pun bakar kek pisang hari ni.

    Tapi sedikit mendap di bahagian bawah.

    Apa pun terima kasih untuk info yang dikongsikan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Kami pun bakar kek pisang hari ni.

    Tapi sedikit mendap di bahagian bawah.

    Apa pun terima kasih untuk info yang dikongsikan.

    BalasPadam
  3. dh bnyk kali buat tetap bantat nanti try yg ni pulak tgk jd ke x

    BalasPadam
  4. Sy pun tgh memkaking kek pisang ni. Blom tau lg hasilnya. Dgn lafaz bismillah moga hasilnya memuaskan.

    BalasPadam