Selasa, 21 Mei 2013

TIIRAMISU MILLE CREPE

Assalamualaikum....
Percubaan pertama membuat crepe cake sememangnya agak mencabar.. Syukur juga ada pengalaman buat crepe jadi agak membantu juga bagi orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan ni.
Rupanya pon tak lah cantik mana pun.. Yang penting semangat nak mencuba mesti ada. Ehem!!! puji diri sendiri lak.....

guna base kek span atau chifon. bole guna kek vanila atau coklat.ikut selera

dalam bekas tu krim chese . terlebih cair lak. sebab saya guna diary whiping creame. lau guna nondiary, krimnya  lebih kental dan mudah dilepa.

Buat setengah adunan sahaja. So rendah jer keknya.

da kene ngap... x sempat nak touchup

rasa memang mabeles...


ok jom tengok resepi

sumber 
blog kak azlita

bahan-bahan crepe

90 gm butter ( cairkan )
720mls susu cair
6 bj telur
1 1/2 cwn tepung kek + secubit grm ( ayak )
45gm gula kastor
1sdt esen vanilla

* ni resepi 1 adunan.  saya buat 1/2 adunan sahaja

cara-cara

Masukkan setengah dari susu ke dalam tepung dan kacau rata.
Dalam bekas lain,campurkan telur, baki susu dan gula. kacau sebati pastu masukkan dalam tepung tadi. Kacau rata. Masukkan mentega cair dan esen. Kacau rata. Tutup dengan plastik simpan dalam peti ais selama 30 minit. Boleh masak da.. Cara-cara sama macam masak crepe doyan yer..

Bahan-bahan krim kastad

550 whiping cream 
450mls fresh milk/susu cair
2sdb tepung gandum
11/2 sdb tepung jagung
85gm gula
4 bj kuning telur
2sdb butter
1sdt esen vanilla
secawan nescafe
coklat susu disagat
Biskut ladyfinger

Cara-cara

Gaul gula dan tepung. Masukkan telur dan separuh susu. Kacau rata. Masukkan baki susu, garam dan esen vanilla. Kacau rata. Masakkan atas api sederhana sampai pekat. Pastikan sentiasa kacau yer. Jangan sampai berketul dan berkerak.Saya guna kaedah double boil. Sebab susah sangat nak pastikan kastad masak tanpa berkerak lau letak direct atas api. Bila da meletup-letup tu da boleh tutup api. Masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan. Simpan dalam peti sejuk sekejap.
Masukkan whiping cream dalam kastad tadi pukul sampai kental.

Cara-cara melapis.

gunakan kek span untuk base. Potong 2 lah... Supaya base tak tinggi sgt.
Sapukan nescafe atas kek span tadi unutk melembapkan kek. Mula lapiskan kek dengan krim kastad kemudian parutan coklat ( saya tabur serbuk koko jer ). Letakkan crepe, tekan-tekan bagi rata. Ulang dengan krim kastad,parutan coklat dan crepe. Ulang  sampai habis. Balut keseluruhan kek dengan baki krim kastad tadi dan susun biskut.( part ni saya x wat... x sabar nak ngap) 
Simpan dalam peti sejuk dulu baru makan.. Lebih sedap..

Bahan kek saya tak sertakan yer.. Kek span ramai da tau camner nak wat kan??

Okay... 
Selamat sejahtera semua.. bye

Rabu, 15 Mei 2013

mee goreng style aku ....

Assalamualaikum...
Setiap hari bagi surirumah x boleh tidak pasti akan merencana menu apa untuk hari ini???? 
Sebab yang nak menyediakan makanan tu kita lah kan?? 
Yang nak diberi makan tu suami dan anak2...
Menu saya pastinya berbentuk MEE.... sebab anak teruna saya memang peminat tegar mee..
Buat la apa saja.. Mee goreng, bihun goreng,laksa... janji berbentuk 'mee'...
Kadang2 suun pun jadi.. :)
Saya bukan lah pandai nak masak mee yang sedap2.. 
Tu pun jenuh belek2 buku masakan.. 
Asal jumpa je resepi mee goreng, saya mesti baca dan simpan. 
So daripada pening2 memikirkan bahan2 dan cara2 masak, saya wat versi hentam sajalah...
Secara praktikalnya, versi saya ni sesuai tuk mereka yang baru nak belajar masak. 
Mulakan dengan apa yang ada di dapur. tak semestinya kene ada sume bhn..
So segala input yang saya dapat akan saya share di sini.

BAHAN-BAHAN

cili kering,bwg merah,bwg putih = blend.
berapa banyak nak diblend sebenarnya ikut selera, nak letak belacan,halia pon bole..tak semestinya kene ikut bulat2 resepi. Sebab resepi yang ada hanyalah sebagai guardline saje.. jgn pening kepala.. bese saya wat byk2 then simpan.. so bila nak guna cedok jer...

sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap mee/ kicap masin/ kicap manis
tak semestinya kene ada semua. satakat kicap makan hari2 ngan sos tiram/sos cili pun da cukup

fishball,fishcake,udang ,sotong,ayam,daging,ikan bilis.
sama juga. mane2 yang ada kat rumah letak jer.. letak ikan bilis jer pon sedap.. ( tuk mkn sendiri la yer,nak hidang kat tetamu jgn wat simple camni )

sayur sawi,taugeh,karot,kobis,kucai.
kadang2 saya letak jer sawi cina ke, putik jagung ke, saderi ke.. Apa saja yang ada...

garam & gula secukupnya
mee sepeket ( pastikan halal jakim ye) hehee




CARA-CARA MASAK

tumis bahan blend sampai garing. 
( kata org naik bau, naik minyak )
masuk la sos,kicap yang ada tu.. masak beberapa minit.
masuk gule . pastu masuk garam..
Then bole la masuk bahan basah..Pastu masuk sayur...
last masuk mee laaaaa hehe... gaul rata da bole angkat dan hidang..



Beberapa tips yang saya dapat dari kajian tak sengaja ni...

1: rebus ayam atau daging dulu. 
guna air rebusan tuk sedapkan rasa mee.
Rebus dengan air yang sedikit jer. banyak sangat air nanti jadi mee laut lak...

2: petua mak mertua masuk gule dulu so warna bahan tumis lagi cantik..tp petua ni tuk yang masak bersambal cam masak merah tu. ;) 

3: kebanyakan resepi suruh masuk garam dekat-dekat penghujung masakan. saya suke masuk awal2 sebab senang nak gaul rata.

4: Lau letak ikan bilis tu kene tumbuk sket tau.. biar melekat sket rasa bilis tu kat  mee...

5: Letak taugeh selepas letak mee. Supaya taugeh tidak terlalu lembik bila da masak. 

Pernah juga saya masak mee goreng tanpa cili blend.. tumis jer bawang then masuk sos yang ada.. standart la kan setiap rumah walaupun bujang , sos cili mesti ada kan??? 
X der kicap mee pon x per.. sedap juga walaupun letak kicap harian kita guna tu...
Yang penting pandai2 la ejas.. Jangan la risau kata "saya tak pandai masak laa.."
Tak perlu pandai, asal tau sikit2 da... lama2 pandai laaaa 
Saya suke share apa yang saya tau.. Jika ada salah silap sudi2 la menegur ye... 
PEACE!!!!!!!!!!!!!!!!!!


                                  JEMPUT MAKAN....

Rabu, 1 Mei 2013

Kek Pisangku Bantat

Assalamualaikum...

Arrggghhh!!!
Penah jadi gini x???
Stress kan??
Tapi x per laa.. ni 1st time buat kan? Cuba la lg..
Memang sebak di dada.. Lebih2 lg melihat sokongan hubby.. Walaupun bantat dia makan juga.
So saya poskan gambar ni  dalam kumpulan masakan untuk dapatkan pelbagai nasihat berguna.

Maklumat yang sangat berguna ni saya kongsikan bersama...

1: Kene masukkan soda bikarbonat. Kenapa?
Sebab soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih juga menaikkan kek dan kuih apabila masak. Sebab itu la soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakan kek,biskut atau kuih yang berasid.( yang menggunakan susu masam,jus buah,serbuk koko,gula hangus,puri buah dll)

2: Jangan kacau terlalu lama. ( betul la tu. saya pukul telur ngan gula sampai kembang da macam 2x ganda naik. hehe) kacau sikit2 jer.. agak2 da larut gula tu. da ok da..

3: Terlebih tepung pon x bole juga.. tu yang jd macam padat sangat tu..

di bawah ni saya sharekan resepi dari kak Nora Danny Harry

Bahan2
7 bj pisang berangan
1 cwn minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat
5 bj telur
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan tepung gandum

cara2
pisang, minyak, soda bikarbonat diblender sampai lumat.
pukul telur dan gula guna mixer.agak2 larut je.
masukkan esen vanilla
masukkan pisang yang diblend tadi dalam adunan telur&gula
masukkan tepung sedikit2. Gaul rata

Bakar selama 40 min/ hingga masak
suhu 165*c

Saya jenguk juga blog  mamajay..

So hasilnya.....

TADAAAAAAAAAAAA



Sangat puas hati...
So next time cuma perlu ejas suhu n mase jek....
Saya baru nak bertatih dalam dunia masakan.. Jika ada kesilapan harap dapat membantu saya memperbaiki segala kekurangan.....
Akhir sekali jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi tunjuk ajar dan komen2 yang membina.....TQVM