Assalamualaikum... cuaca sangat baik petang ni.. tadi macam nak hujan je. Sekarang cerah la pulak.. Apa-apa pun Terima kasih ya Allah kerana dengan izinnya cuaca begitu elok hari ni.
Hmm x tau nak cakap aper.. Badan da penat. Walaupun hari ni cuti tapi banyak kerja nak di buat. Ehhh bukan cuti umum yaa. Bese la MISI cam saya ni kerja , cuti x menentu..
Bangun pagi terus ke dapur wat RVC.. Untuk custermer yang juga seorang jururawat .
Lega rasanya dapat menyiapkan kek ni tanpa perlu menghantar anak ke taska.. Risau gak tadi, mana la tau kan kot-kot diaorang ni meragam ke..Aduhai....
Bila kek da siap , anak-anak pon da tidur ( payah juga nak pujuk diaorang ni tidur).. Da kul 4 rupanya.. x per la.. upload gambar dulu sementara tunggu Asar. Pas solat nak masak tuk makan malam lak. Malam nanti nak anto kek ke hospital la...
Bila kek da siap , anak-anak pon da tidur ( payah juga nak pujuk diaorang ni tidur).. Da kul 4 rupanya.. x per la.. upload gambar dulu sementara tunggu Asar. Pas solat nak masak tuk makan malam lak. Malam nanti nak anto kek ke hospital la...
Ok la kata x tau nak cakap ape, tapi banyak lak ceritanya. hehehee
Kita skodeng resepinya yer...
Untuk sebiji kek saiz 8" dengan berat dalam 1.5kg ( bila da siap skali toping la)
Bahan-bahan
A: 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula ( saya buh 1 cwn je)
2 biji telur
1 sdk esen vanila
Pukul mentaga sampai kembang + gula.Pukul lagi sampai kembang.+ telur 1per 1. + esen.= sebati
B: 1 cawan buttermilk
C: 250gm tepung gandum
2 sdk serbuk koko
1 sdk baking powder
Secubit garam
Ayak semuanya yer..
D: 1sdk soda bikarbonat + 1 sdb cuka
Cara-caranya:
B dan C masuk dalam A secara berselang sambil pukul dengan kelajuan sederhana. Last masuk D. Kaup balik jer sampai sebati. Bakar 170*c selama 30 minit ( ikut oven masing-masing ye)
Topping
250gm krim cis
250gm butter
250gm gula kastor
Saya da potong 4 lapisan.
Sapu krim cis tadi di setiap lapisan
Ha...da cukup 4 lapisan
Sapu keliling pula. Jangan tebal tau.. Nipis je. nnt nak touchup lg.
Tadaaaaaa..... inila rupanya kek yg x seberapa ni....hihihihii... harap2 custermer suka la.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan