Menu kali ni da ramai da orang buat.. Tapi tak pe lah kan?? Baru sekarang saya teringat nak upload. Sambil dengar2 Majlis Cinta Rasul melalui IKIMFM...Nak tengok tv tak dapat le. Kene berebut lak ngan anak2. Nasib baik la juga laptop ni tak direbut juga.
Bagi penggemar pizza, lebih baik rajin2kan diri buat pizza sendiri. Sedap makan dengan airtangan sendiri kan? Lagi pun resepi pizza ni menggunakan resepi roti je.. x la susah sgt.Lau ada breadmaker lagi senang. Campak jer, tunggu 40 min siap la doh dia.. Sambil tu boleh la kemas rumah ker,cuci pinggan mangkuk ke.
OK la jom tengok bahan2
Bahan roti
200gn tepung roti
300gm tepung gandum
( Lau nak guna tepung gandum sahaja/tepung roti sahaja pun bole..)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula ( nak lebih/kurang pon boleh.Ikut selera)
75gm butter
200mls air
1 bj telur gred B
1/2 sdt bread improver ( optional )
1/2 sdt bread softner ( optional )
11 gm yis ( 1 peket )
secubit garam ( optional )
Lau guna breadmake
Masuk dalam bekas ikut turutan yer.
Air,telur,butter,gula,bread softner,bread improver,grm,susu,tepung dan akhir skali yis. ( pastikan masa letak bahan2 dlm bekas tu yis ngan garam tidak bertemu. Nanti yis mati. Lau yis mati, bantat la roti.
Then tunggu la mesen mengadun sampai jadi doh. Tak payah perap, leh terus wat base pizza.
Lau guna tangan jer.
uli sume kecuali butter, bila da sebati adunan leh masuk butter. Uli sampai jadi doh. perap sampai doh naik 2x ganda. pastu tumbuk2 tuk keluarkan angin. Then bole la membentuk base pizza..
Bahan2 topping
sos cili+sos tomato
oregano
parutan cis
mayonise
sayuran dan bahan basah ikut selera sendiri ye.
Cara2
Sapu sos atas base pizza, tabur oregano, tabur bahan2 basah dan sayuran. Last skali tabur parutan cis.
Bako 150*c selama 15-20 min. Ikut oven masing-masing.
Sapu sos dulu, baru letak oregano. ( Boleh beli kat bakeri )
Sapu sume base dulu...
Tabur apa saja yang kita suka ... last letak cis dan mayonise...
Bako 150 -160*c. selama 15-20 min ( ikut oven masing2 yer)
Ready to eat...........................
OK.. Harap2 dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat tuk sume.. ADIOS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan